Sunday, April 19, 2015

falsafah sains. 5 tokoh falsafah dunia dan dualog antara tokoh di upm



Dialog di antara Socrates dan Plato di Universiti Putra Malaysia

Plato : Hai Socrates ? Apa khabar ? Tak sangka kita akan berjumpa di sini, Universiti Putra Malaysia.
Socrates : Hai Plato.Saya sihat saja. Ya , sungguh lama kita tidak bertemu. Bagaimana dengan kajian anda tentang falsafah ?
Plato : Oh ya tentang itu , saya dapat tahu yang kita mempunyai pendapat yang berbeza tentang pengetahuan. Benarkah ?
Socrates : Berkaitan dengan hal tersebut , benar. Saya berpendapat bahawa pengetahuan dan kemulian adalah perkara yang sama. Bagaimana dengan saudara ?
Plato : Saya pula berpendapat bentuk atau idea ajaran adalah tidak berubah, kekal atau contoh objek yang dapat dilihat. Bagaimana saudara boleh beranggapan begitu ?
Socrates : Pada pendapat saya, kemuliaan ada kaitan dengan kejiwaan. Oleh itu, perkara penting sebelum mendapat kemuliaan adalah memperbaiki kejiwaan diri sendiri dahulu.
Plato : Oh begitu. Pada pendapat saya pula, pengetahuan bukanlah kebendaan tetapi suatu yang tidak akan berubah dan kekal.
Socrates : Seperti mana yang kita tahu falsafah ini satu cara kita berfikir, sesuatu yang kita lakukan.
Plato : Ya benar. Baiklah saudari Socrates , marilah kita bersiar-siar di Universiti Putra Malaysia , melihat keindahan landskap disini sebelum kita berpisah menuju haluan masing-masing.
Socrates : Ayuh Plato , sahabat  seperjuanganku.

Thursday, April 16, 2015

Dialog antara falsafah

Socrates : Hai saya Socrates. Siapakah nama kamu ?
Ibnu Sina : Nama saya Ibnu Sina. Tujuan kita bertemu adalah untuk membincangkan tentang falsafah, bukan ?

Socrates : Betul, tepat sekali. Pada pendapat kamu, apakah yang dimaksudkan dengan falsafah wahai Ibnu Sina ?
Ibnu Sina : Pada pendapat saya, falsafah ialah satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu perkara.

Socrates : Saya setuju dengan pendapat kamu. Bagi saya pula, falsafah ialah segala sesuatu yang berubah-ubah dan tidak tetap.Ini bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai. Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan.
Ibnu Sina : Oleh hal yang demikian, sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk, begitukah yang dimaksudkan oleh kamu wahai Socrates ?

Socrates : Benar, itulah yang saya maksudkan.
Ibnu Sina : Bagaimanapun pengertian falsafah secara popular ialah berfikir. Berfikir mempunyai 3 ciri-ciri iaitu berfikir secara radikal, universal dan integral.

Socrates : Pada mulanya falsafah merupakan induk kepada seluruh ilmu pengetahuan. Daripada falsafah lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,perubatan dan sebagainya.
Ibnu Sina :Namun fungsi asal falsafah tidak berubah iaitu menangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas.Falsafah yang paling saya mahir ialah tentang perubatan.

dialog falsafah antara tamadun

yang ni format jpeg

dialog falsafah antara tamadun


Friday, April 10, 2015

Apabila al-biruni dengan yusuf al-qaradawi di upm


apabila jabir berjumpa dengan al-khindi di upm


komik ahli falsafah upm



Apabila sapa bertemu sapa di UPM


APABILA AL-BIRUNI BERTEMU MAHATMA GHANDI DI UPM


dialog falsafah


Phytagoras dengan Russel

NAMA : STEPHANIE ANAK UNJAT
MATRIC NO :176524

Apabila alkhawarizmi bertemu Socrated

Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."
Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."
Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."
Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."
Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."
Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."
Socrate bertanya .. "........................"

Akhawarismi "..........."

Wednesday, February 18, 2015

Apa itu Falsafah



Istilah Falsafah  memberikan pelbagai maksud mengikut  individu yang mendalami tentangnya.

Falsafah membawa pengertaian bermaksud “cinta kepada hikmah atau kebenaran”.

Falsafah berasal dari  istilah Yunani disebut “Filo” dan “Sofia”.

Socretes berkata  "Falsafah ialah imu yang menyintai hikmah fitrah semulajadi”,

Aristotle pula menambah  "Falsafah itu adalah suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud”.